Monday, February 4, 2013

A lil sharing on al-Fateh


Bismillahirrahmanirrahim~ 

Dalam perjalanan balik dari ofis petang tadi, nasib baik radio kereta boleh di-on.. (almaklumlah, kereta berusia 23 tahun… heheh.. radionya kadang kala hidup kadang kala mati.. ) Di siaran radio IKIM.fm, perbincangannya tentang Sultan Muhammad Al Fateh. Pada waktu saya on radio, sudah pun hampir di penghujung rancangan.

Perbincangan ditutup dengan ustaz (kurang pasti namanya) menyatakan bahawa terdapat 3 perkara untuk diambil dari karakter Al-Fateh, yang juga terdapat pada Nabi Sulaiman, yang mana kisahnya termaktub didalam Surah An-Naml (pada yang cetek ilmu agama serta kurang terer bahasa Arab mcm saya, jom rujuk Quran tafsir).

Nabi Sulaiman mempunyai kuasa untuk memerintah manusia, jin, dan burung2. Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman memerintahkan untuk manusia, jin dan burung2 untuk berkumpul. Semuanya ada kecuali seekor burung hud hud. Burung hud hud ni amat kecil sekali. Dan hanya seekor sahaja yang absent, burung hud hud yang lainnya ada belaka.

Point to be taken : Nabi Sulaiman tidak memandang kecil, dan tidak mengambil ringan, walaupun hanya seekor burung hud hud. Nabi Sulaiman mementingkan SEMUA yang berada di kerajaannya. Seorang pemimpin yang hebat tidak akan memandang enteng walau sekecil manapun entiti di dalam sesebuah organisasi.

Kemudian, Nabi Sulaiman mencari dan bertanya dimana burung hud hud. Sekiranya absence si hud hud tiada sebab yang munasabah, akan disembelihnya hud hud itu.

Points to be taken: Nabi Sulaiman tidak cepat menghukum. Diberi peluang untuk hud hud menjelaskan situasi sebenar, apakah sebabnya hud hud MIA. Disini, kompromi serta ketegasan diprakikan secara hand in hand. Kompromi dengan memberi peluang SEPENUHNYA untuk penjelasan, dan apabila perlu, hukuman tetap dijalankan den.gan tegas. Begitulah juga sepatutnya peribadi seorang pemimpin yang hebat.

Setelah itu, apabila si hud hud sampai, dia pun menceritakan sebab mengapa dia tidak hadir. Nabi Sulaiman mendengar sampai ke penghujung cerita si hud hud sehingga habis. Seingat saya, ustaz menceritakan yang kisah hud hud ni paaaanjang, tapi Nabi Sulaiman tidak mencelah.

Points to be taken: Seorang pemimpin yang hebat perlu menjadi seorang good listener. Tidak mencelah, tidak cepat membuat kesimpulan sendiri beri peluang sepenuhnya kepada subordinate menceritakan kisah dipihaknya, atau menyampaikan pendapat. Walaupun subordinate anda itu hanyalah seekor hud hud di dalam organisasi. Walaupun seekor hud hud, namun boleh menggegar organisasi, impaknya besar. Walaupun sering terlepas pandang.

Maka begitulah, kisah dua dari kalangan ramainya pemimpin hebat dalam Islam - Sultan Al-Fateh dan Nabi Sulaiman, yang disampaikan oleh seorang di IKIM.fm petang tadi.

Ini sahaja yang sempat saya dengar, sempat saya ingat, dan sempat saya tulis, mungkin dengan sedikit penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian sendiri.. :D
Semoga kita sama2 mengambil contoh mereka, dan semoga kita semua menjadi pemimpin yang hebat2 belaka. Semua orang adalah pemimpin, paling tidak pun, kita memimpin diri sendiri.
So, jom jadi orang hebat!

P/s (1): jgn lupa usha Surah An-Naml, saya pun sempat usha sikit je td… :)
P/s (2): sila ignore my older post...bila tgk2 balik rasa macam kanak2 plak.. -___-''

1 comment: