Wednesday, October 21, 2009

mahu didoakan malaikat?? sila baca...

Manusia yang didoakan oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis(not me... heeee~~) ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


Itulah antara mereka yang mendapat doa
malaikat.

Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
AMIN!!

Thursday, October 15, 2009

lalala~~~

oh my gosh!!! harini baru sedar saya ada 2 blog rupanya... hahah!! by accident... if you read my first post here, i wrote that i could not find the other account, and its probably deleted... well, its not, i found it... huhuhu.... macam orang split personality plak... hahahah!! macam mana ni... buat masa skarang, blog yang lagi satu tu, saya "follow" guna blog ni.. huhu... tgk lah nnt nak buat macam mana... nak delete salah satu, sayang plak... maybe i'll use it both... but for different blogging "genre"... hahaha!!!

kawan kawan... kalau ada ideas what i should write abt... plz leave a comment... sedeyh x? nak tulis, tp mcm xde modal plak... xtau nk tulis apa... huhuhu...

Wednesday, July 29, 2009

bz week....

phew!! what a busy week this is!!!
chem-e-car proposal is to be submitted...
one heck of a load for transport tutorial (30 questions!!!)...
tranport quiz...
recator tutorial *blur blur*---> copy jelah...
intergrated project proposal....
control tutorial *nasib baik senang*...
labs....
*did i miss anything??*

adoiyai!! penat la... so much work!! so little time!! (but i can somehow find the time to write this huh??)

tutor transport byk sgt... apa lagi, tiru lar... huhuhu... subject reactor plak.. dari sem lepas mmg haram sepatah x paham... maka, terpaksa tiru la jgak....

chem-e-car plak, hamek jer yg dorg penah buat untuk competition tahun lepas... x berkembang btol!! tp nk wat camne.. gah bagi masa pendek gler, dgn keje lain yg bertimbun... agak shushah lorh mau buat kreatif kreatif punyer...

intergrated project plak, lagi bagos, hari isnin briefing, khamis dah kene hantar proposal... and "bidang" mana pun, dah ditetapkan jgak.. b4 submitting the proposal, we must first make sure our choice of product comes with a PFD... which, apparently, the PFD is not exactly (i suppose), something people would just put online since it is A PRODUCTION SECRET??
"lelong leloooong!! kitorang produce palmitic acid macam niii... meh la tengok... amek je teknologi ni free free... xpe xpe, ktorng x kesah pun... walaupun ktorg kene bayar utk teknologi ni, korg amek je la free... amek la... amek la... (suara manja gedik menggoda)"

hmm... sbnrnya... bagi PFD yg mmg boleh jmpa online, pemilik teknologi tu x geram ke mende yg shushah shushah dia buat, org boleh amek je sewenang wenang nyer?? hurmm.. musykil musykil... maka konklusinya disini, saja jer nak buat alasan susah nk jmpa PFD... heeee~

tapi x mengapa... hujung minggu ni g release stress habes habes kat pangkor (padahal x start pun stress lagi).. huhu... nk pkai baju sotong ku yang ku cintai dan rindui... x sabar sabar rasanya... yippeee!!!

Sunday, July 26, 2009

SKEMA...

SKEMA??? apa itu skema??? i had no clue what it was untill i sat through the first couple of hours in the Main audi, kuliyyah of engineering in IIUM.

Seminar KEsejahteraan MAhasiswa, in short, SKEMA..

Alhamdulillah pagi ni Allah kejut awal, saya sedar dari tidur, masa azan subuh... 1st time sejak duduk blek ni, bangun seawal tuu... selalunya 6.30 bru bangun.. huhu.. neways, pas solat, online jap, wish gud morning kat fb, main tc, main travian(5min je dah siap semua)... then mandi...

7.15 dah ada kat bus stop uo tunggu kak nawwar hamek.. then kul 8 lebih tiba dgn selamatnya di UIA gombak.. daftar, bayo 5 hengget, pastu naik la g dewan... xde breakfast :(

anyways, sejak masuk uni, ni la 1st time g UIA.. besau engine fac dia... jelez plak tgk.. huhuhu... UIA pn chantek... masa g sana, seram jgak la, sbb pusing kiri kanan, girls yg sy nmpk sume pkai tudung labuh... adoiyai... risau gak ni.. pastu, kat lobi tmpt daftar, tmpt daftar guys and girls pun diasingkan... masa mula2 smpi, nmpk ada kertas tulis "pendaftaran brothers", just for a second, i thought that kumpulan nasyid brothers akan dtg, tapi naper kene daftar?? then baru tersedar, ni kan UIA, panggilan for guys and girls=brother n sister...

tema dia kali ni.... err... erm.... alamak, x ingat la.. baru balik dah x ingat..
Pendidikan... terancang... *something something*

i was a lil lazy to actually take much notes... but this is a lil something that i got from there...
-kita perlu memahami tujuan hidup-tujuan hidup seorang hamba adalah beribadah kepada Sang Pencipta.. tujuan penciptaan jin dan manusia hanyalah utk beribadah kpd ALLAH, dan jika kita tak memahami tujuan penciptaan, maka kita menjadi tidak bernilai di sisiNYA. dan ibadah bermula dengan rasa 'penghambaan', yakni merasakan diri adalah hamba padaNYA..

-Islam mengajar kita untuk tawaazun(seimbang).. walaupun as mahasiwa, tujuan utama kita di uni adalah utk belajar, kita perlu seimbang.. maksudnya, jgn ngadap buku je 24 hours... kena ada riadah, kena ada santai... kecantikan dan kecemerlangan lahir dari keseimbangan.. ummat Islam adalah ummat yang wasatho---> ummah yang seimbang... kita harus menunaikan hak kpd yg berhak.. dan yang berhak bukan hanya Allah dan org lain, tetapi juga diri sendiri, tubuh kita juga ada hak yang perlu kita tunaikan...

-cita cita harus tinggi setinggi tingginya supaya kita dpt mengembalikan zaman kegemilangan Islam semula.. jgn berpuas hati setakat yg dicapai (tp bukan maksudnya tak bersyukur), terus kejar and buru kecemerlangan...

-mutiara kata: *barang siapa yang beriman, ALLAH akan berikan hidayah
*orang yang tidak memiliki, tidak akan mampu memberi
*perkara(baik) kecil yang berterusan adalah lebih baik dari perkara(baik) besar
yang terputus putus...

and a little bit from ustaz khairan----> xtau nama spelling btol ke tak..

maksud tarbiyah= mendidik, asuh, jada, pelihara

perlu mengislamkan 4 fakulti manusia: insani, rohani, jasmani, emosi

tujuan tarbiyah: hidup lurus didunia, and dalam redha dan pahala Allah di akhirat

-takkan ada keimanan tanpa ukhuwah.. ukhuwah adalah saudara kepada iman...
*bagi saya, maksudnya disini, kita perlu menjalin hubungan dengan org lain... bersahabat... kerana menjalin silaturahim itu adalah tuntutan agama... jgn jadi orang yang anti-social, x suka berkawan, x suka bergaul dgn org... bagi saya la.... masing2 ada pemahaman sendiri...

-hal terburuk pada seorang da'i ialah batinnya bertentangan dgn zahirnya..
*in my own words: jangan kita jadi org yang hipokrit! yang penampilan dia tunjuk baik, depan orang tunjuk soleh, tp hati x terjaga... buat mende bukan bukan... with human beings, what you see is not always what you get.. syaitan pun boleh memakai jubah para malaikat... jadi kita harus berhati hati...

peh! panjang... neways, kosa kata di UIA ada yg lain sket drpd majlis di UKM, or, basically mana mana...

***selalunya vs UIA***
- selamat datang vs ahlan wa sahlan
-hadirin hadirat vs sahabat sahibah

-saudara/ saudari vs akhi / ukhti
-terima kasih vs Jazakallahu khairan kahira
-surau vs musolla


-mula dengan bacaan doa jer, or worst, tarian! vs mula dgn bacaan ayat suci Al-Quran..
-pompuan laki dok campur vs sitting on different sides of the hall, tangga tmpt naik pn lain, mkn pun tnpt lain lain... semuanya terpisah la senang kata...

dan yg paling dasyat... drpd almost (maybe) 100 girls, ooppss, sisters yang ada kat situ, boleh kira dgn jari sebelah tgn jer brapa org yg pakai tudung biasa (including myself)... tu pun lima jari x habes kira rasanya... yang lain semua tudung labuh!!! adoiyai... at first rasa out of place sgt sgt... bukan sekadar tudung labuh, ada yang berpurdah, ramai yang pakai glove... i just feel such a strong sense of 'un-belonging'... huhu... pasni takut la nk g UIA... len kali klu g, nk pkai purdah jgak la... org x kenal.. heheheh...

sekian celoteh utk hari ini... yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang buruk itu juga datang dari ALLAH, namun disandarkan ke atas diri saya yang lemah ini, insyaALLAH, supaya kita boleh sama sama belajar dari kesilapan saya...

wassalam...

p/s: majlis ni anjuran HaluanSiswa... i have not the slightest idea of who they are either... so jom
sama sama check this out.. go to the url below...




Jom Bersama Kami!

Saturday, July 25, 2009

noob me..

well, here it is! my very first blog... uh, well, not exactly my VERY first blog, i've done a "first blog entry" before.. but since I have never followed up with it, it was probably deleted.. so, here it is, my second 'first blog'..

lets just have this particular post to introduce myself aite! (how childish is that?!)

my full name is Rabiyatul Adawiyah Bt Mohd Shamsuddin... born on 12th nov 1988.. have a mixed parentage of indian and thai..

as for my interests... i can't quite name one! coz my interests are mostly short lived... and i just do whatever i feel like at the moment.. i would like to try everything at least once(not idiotic stuff though)..

im loud.. irritating.. cant give two hoots to what people may think about me.. coz those who knows me, knows me, and those who dont, just dont. there's nothing in between.. nonetheless, i am most of the time open to others' opinion..

im a freaking lazy bum! can hardly move my butt to get to work untill its almost due... need to do something about that... any suggestion??

about stuff i love? i love the outdoors, i love the sun, and the rain.. i love water...(meaning i would jump in the pool or lake, or river or sea, and start splashing water!)--->can't swim though.. i love food... i love animals, furry ones especially! cats!(dogs to, just that i dont touch them.. hee~)..
i love chocolate, i love cheese, and i love chololate and cheese :P

i would consider myself an open minded person, i dont mind talking about essentially everything.. hate arrogant peole.. hate racist ppl... hate two-faced ppl... and anyone in between..

well, i guess that's all i have to write for now... till the next post... daaaa~~

p/s: fell free to drop in comments about what i should write next... cuz im clueless!!