Bismillahirrahmanirrahim~
Dalam perjalanan balik dari ofis petang tadi, nasib baik radio kereta boleh di-on.. (almaklumlah, kereta berusia 23 tahun… heheh.. radionya kadang kala hidup kadang
kala mati.. ) Di siaran radio IKIM.fm, perbincangannya tentang Sultan Muhammad Al Fateh. Pada waktu saya on radio, sudah pun hampir di penghujung rancangan.
Perbincangan ditutup dengan ustaz (kurang pasti namanya)
menyatakan bahawa terdapat 3 perkara untuk diambil dari karakter Al-Fateh, yang juga
terdapat pada Nabi Sulaiman, yang mana kisahnya termaktub didalam Surah An-Naml
(pada yang cetek ilmu agama serta kurang terer bahasa Arab mcm saya, jom rujuk Quran tafsir).
Nabi Sulaiman
mempunyai kuasa untuk memerintah manusia, jin, dan burung2. Pada suatu ketika,
Nabi Sulaiman memerintahkan untuk manusia, jin dan burung2 untuk berkumpul. Semuanya
ada kecuali seekor burung hud hud. Burung hud hud ni amat kecil sekali. Dan hanya
seekor sahaja yang absent, burung hud hud yang lainnya ada belaka.
Point to
be taken : Nabi
Sulaiman tidak memandang kecil, dan tidak mengambil ringan, walaupun hanya
seekor burung hud hud. Nabi Sulaiman mementingkan SEMUA yang berada di
kerajaannya. Seorang pemimpin yang hebat tidak akan memandang enteng walau sekecil
manapun entiti di dalam sesebuah organisasi.
Kemudian,
Nabi Sulaiman mencari dan bertanya dimana burung hud hud. Sekiranya absence
si hud hud tiada sebab yang munasabah, akan disembelihnya hud hud itu.
Points to
be taken: Nabi
Sulaiman tidak cepat menghukum. Diberi peluang untuk hud hud menjelaskan
situasi sebenar, apakah sebabnya hud hud MIA. Disini, kompromi serta
ketegasan diprakikan secara hand in hand. Kompromi dengan memberi
peluang SEPENUHNYA untuk penjelasan, dan apabila perlu, hukuman tetap
dijalankan den.gan tegas. Begitulah juga sepatutnya peribadi seorang pemimpin
yang hebat.
Setelah itu,
apabila si hud hud sampai, dia pun menceritakan sebab mengapa dia tidak hadir.
Nabi Sulaiman mendengar sampai ke penghujung cerita si hud hud sehingga habis.
Seingat saya, ustaz menceritakan yang kisah hud hud ni paaaanjang, tapi Nabi
Sulaiman tidak mencelah.
Points to
be taken: Seorang
pemimpin yang hebat perlu menjadi seorang good listener. Tidak mencelah,
tidak cepat membuat kesimpulan sendiri beri peluang sepenuhnya kepada
subordinate menceritakan kisah dipihaknya, atau menyampaikan pendapat. Walaupun
subordinate anda itu hanyalah seekor hud hud di dalam organisasi. Walaupun seekor
hud hud, namun boleh menggegar organisasi, impaknya besar. Walaupun sering
terlepas pandang.
Maka
begitulah, kisah dua dari kalangan ramainya pemimpin hebat dalam Islam - Sultan Al-Fateh
dan Nabi Sulaiman, yang disampaikan oleh seorang di IKIM.fm petang tadi.
Ini sahaja
yang sempat saya dengar, sempat saya ingat, dan sempat saya tulis, mungkin
dengan sedikit penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian sendiri.. :D
Semoga kita
sama2 mengambil contoh mereka, dan semoga kita semua menjadi pemimpin yang
hebat2 belaka. Semua orang adalah pemimpin, paling tidak pun, kita memimpin
diri sendiri.
So, jom jadi
orang hebat!
P/s (1): jgn lupa
usha Surah An-Naml, saya pun sempat usha sikit je td… :)
P/s (2): sila ignore my older post...bila tgk2 balik rasa macam kanak2 plak.. -___-''