Monday, January 31, 2011

kak wan sayang~

Salam semua..



today, 1st of february, rutin yang sama setiap kali bangun tidur, buka internet, buka games, buka fb... dalam banyak banyak post, ada satu yg menarik pandangan mata... tentang kak wan, setahu ku, hari ulang tahun kak wan semalam, 31 januari... tapi jari-jemari ku tidak melakukan birthday shout out seperti biasa, walaupun di "remind" oleh fb di sudut atas kanan homepage fb ku.. berbalik kepada post tadi, yang disebut adalah bacaan yasin. what?? kak wan dah tak ada ke? immediately, i went to her page..



ternyata di wall-nya, yang ditulis adalah "selamat ulang tahun, hanya Al-fatihah yang dapat ku hadiah kan untuk mu" .....senyap seketika....... dan mataku terus membaca dan membaca setiap post yang ditulis di wall kak wan... mula bergenang mata ku... perkenalan kami bemula labih kurang 3 tahun lepas, namun perjumpan ku dengan kak wan, mungkin boleh dibilang dengan jari, beberapa kali berjumpa di training dan event ESQ.. perhubungan kami tak begitu rapat, so i thought, 'i don't think im gonna cry, though i am somewhat sad..'



baca dan terus membaca, mata terus bergenang..



sehingga tiba pada satu post ini- post nya panjang, namun saya petik bahagian yang paling penting;

"kami meredhai pemergiannya apatah lagi setelah melihat sendiri keperitan dan kesakitan yang tidak tertanggung melawan kansernya. kami yakin ini adalah pilihan Allah yang terbaik kepada Hasni. Sepanjang sakit tak pernah dia berhenti berzikir dan beristighfar. solatnya dijaga dan perginya dengan syahadat sehingga terlucut nyawa yang terakhir.. kami yakin dia akan berbahagia disana.....al fatihah."

HUJAN. air mataku bercucuran tanpa henti... Ya Allah, rahmatilah kak wan yang telah kembali kepada mu.. ampunkanlah dosa dosanya... terima lah kiriman fatihah dan doa kami buatnya...

semua yang mengenali kak wan, pasti menggambarkan beliau sebagai seorang yang ceria dan murah dengan senyuman.. hidupnya banyak memberi.. pemergiannya memancing rindu kami kepadanya... such a lovable person... buktinya, begitu banyak wall post yang mendoakannya berbahagia disana...

i lost a friend to cancer.. could this be a blessing in disguise for kak wan? saya sendiri melihat betapa kak wan semakin kurus melewati beberapa pertemuan.. sakit.. bukankan itu menjadi kifarah dosa? lebih2 lagi kanser, known to be terminal... Allah memberi warning jauh lebih awal kepada kak wan melalui sakitnya.. agar kak wan lebih bersedia... bagi saya, mereka yang meninggal kerana sakit adalah insan2 bertuah, kerana lebih bersedia menghadapi kematian sendiri..

lalu terus ku baca dan baca, semua post yang ditulis... hujan masih tak berhenti... sehinggalah tiba ke post pertama berkenaan pemergian kak wan... 23 januari... terkilan rasa di hati, kerana begitu lewat mendapat berita..

Ya Allah, tempatkanlah kak wan dikalangan hamba hamba mu yang soleh.. ampunkan lah dosa dosa nya... lapangkanlah, terangkanlah kuburnya... semoga dia berteman dengan amal amal solehnya, tenang di alam sana... bangkitkanlah kelak dalam sebaik baik keadaan, golongkanlah bersama hamba hamba Mu yang beruntung di hari akhirat kelak.. pemergiannya dengan zikir, istighfar dan syahadat, terima kasih kerana mengambilnya kembali dalam sebaik baik keadaan... Kasihani dan kasihi lah kak wan Ya Rabb.. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih...

ku akhiri entry kali ini dengan linangan air mata... air mata kerinduan atau kesyukuran? saya amat bersyukur, amat gembira, kak wan pergi dalam keadaan yang baik... i would wish that for myself, semoga yang terakhir di bibir adalah syahadat... amin~